RPH KT tahun 5

Rancangan Pengajaran Harian.

Matapelajaran                       : Kajian Tempatan.
Tahun                                    : 5 Zuhrah.
Bilangan murid                    : 40 orang.
Tarikh                                     : 25 Februari 2010
Masa                                      : 8.30pagi hingga 9.30pagi ( 60minit )
Tema                                      : Sejarah Negara Kita.
Tajuk                                      : Sarawak
·         Asal Usul Nama Sarawak.
·         Pentadbiran Awal di Sarawak.

Hasil pembelajaran
        (objektif)                    :

Pada akhir pembelajaran murid dapat,
      i.        menyatakan satu daripada dua cerita tentang asal usul nama Sarawak .
     ii.        membandingkan cerita-cerita asal usul nama Sarawak.
   iii.        menyenaraikan kawasan pentadbiran awal di Sarawak.



Pendekatan pengajaran   :


Kaedah dan teknik pengajaran                        :

      i.        Kecerdasan pelbagai :
-       Verbal- linguistik
-       Intrapersonal
-       Interpersonal
-       Visual ruang
-       Muzik
    ii.        Koperatif                     :
-       Round table

Penerapan nilai                 :
      i.        Kerjasama
    ii.        Menghargai
   iii.        Berbangga

Unsur-unsur patriotisme :

      i.        Berbangga dengan sejarah negara sendiri.

Kemahiran Generik          :
KBKK


Kecerdasan Pelbagai       :

-       Kemahiran merumus
-       Kemahiran menghubungkait
-       Kemahiran menyenaraikan

      i.        Verbal-linguistik
    ii.        Interpersonal
   iii.        Intrapersonal
   iv.        Kinestetik
    v.        Visual ruang

Media pengajaran             :

 LCD, laptop, buku teks, puzzle, peta Sarawak,  lembaran kerja peta Sarawak, lembaran kerja, teks cerita.

Pengetahun sedia ada     :

Murid sudah mempelajari sejarah negara berkaitan kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka.



Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set induksi
( 5 minit )

Sarawak.

1)    Guru menunjukkan beberapa kad imbasan bergambar tentang Sarawak.
2)    Murid meneka gambar-gambar tersebut.
3)    Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka tahu tentang gambar tersebut.
4)    Guru mengaitkan gambar yang berindentiti Sarawak tersebut dengan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

KBKK :
-      Kemahiran menghubungkait

Kecerdasan pelbagai:
-       Interpersonal
-       Intrapersonal
-       Verbal linguistik

Unsur patriotisme:
Menyedari kepelbagaian masyarakat yang terdapat di Malaysia.


Langkah 1
( 10 minit )

Sarawak.
·         Asal usul nama Sarawak.
·         Pentadbiran awal Sarawak.

1)    Guru meminta beberapa orang murid untuk membacakan petikan tentang tajuk asal usul nama Sarawak dan pentadbiran awal Sarawak di dalam buku teks.
2)    Murid membaca petikan daripada buku teks tersebut.
3)    Guru memberikan penerangan  tentang usul nama Sarawak dan pentadbiran awal Sarawak dengan bantuan peta.


Media pengajaran :
Buku teks, LCD, Laptop, peta.

KBKK :
-       Kemahiran menghubungkait.

Kecerdasan pelbagai:
-      Interpersonal

Unsur patriotisme :
Berbangga dengan sejarah negara sendiri.

Penyerapan nilai:
 i.    Menghargai
ii.    Berbangga


Langkah 2
( 20 minit )

Asal usul nama Sarawak
-       Nanas.
-       Serah kepada awak.


1)    Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan.
2)    Setiap kumpulan akan diberikan satu cerita berkaitan asal usul nama Sarawak.
3)    Sebelum diberikan jalan cerita, setiap kumpulan akan diberikan ‘puzzle’ yang akan membawa kepada tajuk cerita mereka.
4)    Murid-murid menyusun puzzle dan menampalnya di atas kertas edaran.
5)    Hasil daripada susunan puzzle mereka akan memperolehi perkataan dan gambar untuk mereka lakonkan asal usul Sarawak mengikut tajuk yang diperolehi daripada puzzle tersebut
6)    Masa yang diperuntukkan untuk lakonan adalah dalam masa 2 minit bagi satu kumpulan.
7)    Guru meminta setiap kumpulan untuk berbincang bagaimana untuk melakonkan cerita tersebut di hadapan kelas.
8)    Murid-masing berbincang di dalam kumpulan masing-masing.
9)    Setiap kumpulan membuat lakonan di hadapan kelas.
10) Selepas selesai, guru akan memanggil beberapa orang murid secara rawak untuk membandingkan cerita tentang asal usul nama Sarawak.


Media pengajaran :
Buku teks, puzzle

KBKK :
Kemahiran menghubungkait,
Kemahiran merumus.

Kecerdasan pelbagai :
-       Intrapersonal
-       Verbal-linguistik
-       Visual ruang.
-       Kinestetik

Koperatif : round table.

Penyerapan nilai:

      i.        Menghargai
    ii.        Kerjasama



Langkah 3
( 10 minit )

Pentadbiran awal di Sarawak.

1)     Murid-murid dikehendaki duduk di dalam kumpulan yang sama.
2)     Guru mengedarkan peta kepada semua murid.
3)     Setiap murid dikehendaki mewarnakan peta mereka sebagai penanda kawasan pentadbiran awal di Sarawak.
4)     Kemudian, murid-murid akan berbincang di dalam kumpulan untuk  menyenaraikan kawasan pentadbiran awal di Sarawak .
5)     Guru akan memanggil beberapa orang murid secara rawak untuk membentangkan jawapan mereka dan dicatatkan di papan putih.
6)     Setiap hasil kerja, murid-murid dikehendaki menampalkannya di dalam buku kerja.

Media pengajaran :
Buku teks, lembaran kerja peta.

KBKK :
-       Kemahiran menghubungkaitkan
-       Kemahiran menyenaraikan.

Kecerdasan pelbagai :
-       Interpersonal
-       Intrapersonal
-       Verbal-linguistik

Koperatif
-       Round table

Penerapan nilai :
-       Kerjasama,
-       menghargai

Unsur patriotisme :
Berbangga dengan sejarah negara sendiri.


Langkah 4
( 10 minit )

Sarawak.
·         Asal usul nama Sarawak.
·         Pentadbiran awal Sarawak.

1)    Murid-murid masih berada di dalam kumpulan yang sama untuk aktiviti kuiz.
2)    Guru memberikan soalan-soalan kuiz berkisar tentang asal-usul Sarawak dan juga kawasan pnetadbiran awal di Sarawak.
3)    Murid-murid mendengar dan menjawab mengikut giliran mereka.
4)    Guru akan mengira markah berdasarkan jawapan yang betul.
5)    Guru mengumumkan pemenang dan membuat sedikit refleksi tentang kuiz tersebu.
6)    Lembaran kerja yang mengandungi soalan kuiz itu tadi diberikan kepada semua murid.
7)    Murid dikehendaki menampalnya di dalam buku kerja.

Media pengajaran :
Lembaran kerja.

KBKK :
-       Kemahiran menghubungkait.
-       Kemahiran merumus.

Kecerdasan pelbagai :
-       Interpersonal
-       Intrapersonal
-       Verbal-linguistik

Koperatif
-       Round table

Penerapan nilai :
-       Kerjasama
-       menghargai


Lembaran kerja diberikan sebagai kerja rumah.

Penutup
( 5 minit )

Refleksi dan rumusan.

1)    Guru memanggil beberapa orang murid untuk merumus dan membuat refleksi pelajaran pada hari ini dengan bimbingan oleh guru.

KBKK:
-       Kemahiran merumus