RPH BM


Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                                     : 10 Mac 2009
Mata pelajaran                      : Bahasa Melayu
Masa                                      : 60 minit.
Tahun                                    : 4 Mawar
Jumlah murid                       : 30 orang
Tajuk                                      : Detik-detik ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

Hasil Pembelajaran .
Fokus Utama  :
6.3 Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1 : i- membaca dan menyatakan fakta yang terdapat di dalam teks.

Fokus Sampingan:
4.1 Mengemukan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci tepat dan tersusun.

Aras 1 : i – mengamati topik perbincangan untuk memberikan pandangan yang relevan.

        Objektif                    :
Pada akhir pembelajaran murid dapat,
      i.        menyatakan secara ringkas peristiwa Malaysia memperolehi kemerdekaan berdasarkan teks secara lisan.
     ii.        memberi pandangan maksud lima rangkap pantun mengenai kemerdekaan secara lisan.

Penyerapan ilmu                :
Kajian Tempatan.
 Penyerapan nilai               :  


Sistem bahasa                   :  
      i.        Menghargai jasa-jasa tokoh kemerdekaan negara.
    ii.        Bersyukur dengan kemerdekaan dan kemajuan negara yang dicapai sekarang.
Kosa kata
Kemahiran Bernilai Tambah:        
KBKK


Kecerdasan Pelbagai          :

-       Kemahiran membuat ramalan.
-       Kemahiran membuat rumusan
-       Kemahirn menghubungkait

      i.        Verbal linguistik.
    ii.        Interpersonal.
   iii.        Intrapersonal.

Bahan Bantu Mengajar        :

 Video, teks,  kertas sebak, LCD projector, Laptop, speaker, kertas edaran,gambar

Pengetahuan sedia ada       :

Murid mengetahui bahawa Malaysia telah Merdeka pada 31 Ogos 1957 dengan adanya sambutan kemerdekaan setiap tahun.



Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set induksi
( 5 minit )

Kemerdekaan Tanah Melayu.
-       Apakah yang dapat difahami daripada video tersebut?
-       Apa pendapat murid-murid tentang kemerdekaan?
-       Bagaimana keadaan negara jika masih dijajah?

1)    Guru menayangkan sebuah video sketsa kemerdekaan .
2)    Guru bersoal jawab dengan murid tentang video tersebut.
3)    Murid menjawab berdasarkan soalan jawab guru.
4)    Guru mencatat jawapan murid di papan putih.

Bahan Bantu Mengajar :
Laptop, LCD, speaker, video.

KBT
KBKK :
-      Kemahiran menghubungkait
-      Kemahiran membuat ramalan.

Kecerdasan pelbagai:
-       Interpersonal
-       Intrapersonal

Nilai :
Bersyukur dengan kemerdekaan dan kemajuan negara yang dicapai sekarang.



Langkah 1
( 10 minit )

Makna perkataan:-
1.dipertandingkan
2.rombongan
3.ditandatangani
4.persetujuan
5. suruhanjaya
6.komanwel
7.menggubal
8.dipinda
5.pengisytiharaan

1)    Guru mengedarkan teks “Kemerdekaan Malaysia” kepada semua murid.
2)    Murid-murid diminta mencari maksud perkataan yang telah dihitamkan dengan berpandukan kepada ayat di dalam teks tersebut.
3)    Murid juga perlu mencari maksud perkataan-perkataan tersebut dengan menggunakan kamus bermula dengan kata dasar perkataan tersebut dahulu.
4)    Guru membimbing murid dengan memberikan maksud sebenar perkataan tersebut.
5)    Kemudian, guru meminta beberapa orang murid untuk memberikan maksud perkataan tersebut berdasarkan konteks petikan.


Bahan Bantu Mengajar :
Teks.

KBT
KBKK :
Kemahiran menghubungkait

Kecerdasan pelbagai :
-       Interpersonal
-       Verbal-linguistik
-       logik matematik



Langkah 2
( 8 minit )

Kemerdekaan Malaysia.
1.    Apa yang anda fahami tentang gambar-gambar berikut?
2.    Bagaimana terjadinya kemerdekaan?
3.    Siapa yang terlibat dalam memerdekakan negara?
4.    Dimana rundingan di jalankan?
5.    Bila dan dimana pengisytiharaan dijalankan?


1)    Guru menampalkan beberapa gambar yang mempunyai kaitan dengan kemerdekaan negara.
2)    Kemudian , guru bersoal jawab dengan murid apa yang mereka ketahui tentang gambar tersebut.
3)    Murid-murid juga diminta memberitahu tentang kefahaman mereka tentang detik-detik kemerdekaan.

Bahan Bantu Mengajar :
Gambar.

KBKK :
Kemahiran menghubungkait,
Kemahiran menjana idea.

Kecerdasan pelbagai :
-       Interpersonal
-       Verbal-linguistik


Nilai :

      i.        Menghargai jasa-jasa tokoh kemerdekaan negara.
    ii.        Bersyukur dengan kemerdekaan dan kemajuan negara yang dicapai sekarang.


Langkah 3
( 12 minit )

Kemerdekaan Malaysia.

-       Tokoh yang terlibat
-       Cara kemerdekaan dicapai
-       Dimana rundingan dijalankan?
-       Tarikh
-       Tempat

1)    Murid-murid diminta membaca secara mentalis teks yang telah diberikan.
2)    Secara berpasangan, murid dikehendaki mencatatkan isi-isi yang terdapat dalam teks tersebut dalam bentuk grafik.
3)    Kemudian, guru meminta beberapa pasangan murid untuk membentangkan hasil perbincangan.
4)    Murid-murid juga diminta membacakan petikan yang berkaitan dengan isi-isi yang diperolehi mereka secara kuat untuk memperlihatkan bukti.


Bahan Bantu Mengajar :
Teks.

KBKK :
-       Kemahiran menghubungkaitkan
-       Kemahiran merumus

Kecerdasan pelbagai :
-       Interpersonal
-       Verbal-linguistik

Nilai :
      i.        Kolaboratif
    ii.        Menghargai jasa-jasa tokoh kemerdekaan negara.
   iii.        Bersyukur dengan kemerdekaan dan kemajuan negara yang dicapai sekarang.


Langkah 4
( 20 minit )

1.    Pandangan maksud pantun Kemerdekaan Malaysia.
Contoh:
Tanah ini tanah melayu
Pedagang datang ingin berniaga;
Serahkan budi bukan tanahmu,
Pertahan negara dan juga bangsa.

     Maksud :
Kita digalakkan menabur berbudi kepada kepada sesiapa sahaja tapi bukanlah menyerahakan apa yang sudah menjadi hak kita. Bangsa, negara dan yang seumpamanya perlulah kita pertahankan . Walaupun ianya mahu dibeli dengan harga yang tinggi oleh orang luar kerana sesungguhnya ianya tidak ternilai harganya.



1)    Guru mengimbas kembali fakta yang terdapat di dalam teks sebelum meminta murid melakukan aktiviti seterusnya.
2)    Guru menampalkan kertas sebak yang telah ditulis 5 rangkap pantun yang berkaitan dengan semangat kemerdekaan di hadapan kelas.
3)    Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
4)    Guru meminta setiap murid untuk memberikan pandangan terhadap maksud rangkap pantun dalam kumpulan.
5)    Kemudian, setiap wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.
6)    Guru mengadakan aktiviti perbahasan semasa pembentangan maksud pantun tersebut dijalankan.
7)    Selepas selesai pembentangan di hadapan kelas, guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.


Bahan bantu mengajar :
Kertas sebak.

KBT
KBKK :
Kemahiran menghubungkait,
Menganalisis.

Kecerdasan pelbagai :
-       Interpersonal
-       Verbal-linguistik

Nilai:
- Kolaboratif.
- Bersyukur dengan kemerdekaan dan kemajuan negara yang dicapai sekarang.


·         Guru menarik perhatian murid membaca pantun dengan betul.
·         Penilaian kefahaman teks dengan edaran soalan kefahaman.
·         Latihan tersebut dijadikan sebagai kerja rumah.


Penutup
( 5 minit )

Rumusan dan refleksi

1)     Guru menunjukkan video iklan merdeka kepada murid-murid.
2)     Guru membantu murid-murid dalam membuat rumusan tentang sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

KBKK:
-       Kemahiran merumus

Kecerdasan pelbagai:-
-       Verbal linguistik.